14 March 2013

KENALI KAMI

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Selamat datang ke fasa1presint9.blogspot.com. Blog ini mula diwujudkan pada 13 Mac 2013. Blog ini menyalurkan maklumat dan aktiviti bagi tiga entiti utama di Fasa 1,Presnit 9 Putrajaya iaitu Persatuan Penduduk Kuarters Kerajaan, Kawasan Rukun Tetangga  dan Surau Al Putra. Kepada semua penduduk Fasa1,Presint 9 Putrajaya aktifkan blog ini demi pembangunan bersama.

Kami merupakan penghuni pertama di Putrajaya yang dibuka pada tahun 1999.Yang dahulu dikenali sebagai Prang Besar di bawah negeri Selangor sebelum menjadi Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Febuari 2001



13 March 2013

Selamat Datang ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 1 Presint 9

 6 June 2005 merupakan sejarah kepada Kawasan Rukun Tetangga Kuarters Kerajaan Fasa 1,Presint9,Putrajaya kerana Kawasan Rukun Tetangga pertama wujud di Putrajaya .Terima kasih kepada semua penduduk Fasa 1 di atas kerjasama terutamanya kepada YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor ,Encik Jaslee bin Ahmad (Pengerusi Pertama) dan semua Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Fasa 1.Blog ini dibangunkan bertujuan memberitahu tentang kegiatan yang dijalankan oleh KRT Fasa 1 kepada masyarakat setempat secara khususnya dan berita semasa tentang  kegiatan KRT setempat  








  


Paparan








Surau Al Putra


Fasa 1 (Blok 1B), Presint 9, 62250 Putrajaya

Pengerusi
:Encik Shofian Bin Mansor 
(012-3571374)


RT Kawasan Rukun Tetangga Apartment Fasa 1 Presint 9 Putrajaya

Blok 1B-T04-U03, Presint 9, 62250 Putrajaya





Pengerusi :Encik Shofian Bin Mansor   (012-3571374)




Timbalan Pengerusi :Encik Mohd Azli Bin Haji Kasiman    (0133222296)
Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) : Encik Muhammad Firdaus Bin Abu Bakar   (0192185177)


Persatuan Penduduk Kuarters Kerajaan Fasa 1 (ABC), Presint 9, Putrajaya
(No.Pendaftaran 485)

Blok 1B-T04-U03, Presint 9, 62250 Putrajaya


Pengerusi
: En. Jaslee bin Haji Ahmad  (017 8787187)

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA PENDUDUK APARTMEN FASA 1 PRESINT 9








Bahagian Pengurusan Hartanah telah mengadakan Program Gotong-royong bersama penduduk kuarters Blok 1A, 1B dan 1C, Fasa 1, Presint 9, Putrajaya. Program ini diadakan pada hari Sabtu, 24 Mei 2008 dan bermula pada jam 8.00 pagi. Program dimulai dengan ucapan oleh Tuan SUB Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri. Bahagian Pengurusan Hartanah telah memperuntukkan 40 pokok bunga untuk mengindahkan lagi kawasan sekitar kuarters. Semoga program seperti ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakan pada masa hadapan terutamanya dari golongan muda sepertimana yang diucapkan oleh Tuan SUB.